Tanpamu , tanpa bintang dan tanpa bulan
Hanya kegelapan.
Aku dibaluti dengan segala perasaan
Aku kesal dengan keputusan
Aku binggung dengan keadaan
Aku mengalah dengan kemarahan
Tapi, haruskah aku memikul segala beban?
Akhirnya aku bosan.
Aku kembali ke realiti
Aku cuba melihat kanan kiri
Namun, bayangmu, jasadmu tidak aku temui
Namun, bayangmu, jasadmu tidak aku temui
Aku mula rasa diri dikhianati.
Airmata mula berlinang
Dari situ aku mula sedar apa yang telah hilang
Dari situ aku mula sedar apa yang telah hilang
Aku sangat kecewa kerana engkau masih aku sayang
Tapi segalanya kini hanya tinggal bayang-bayang.
Aku terus dalam kegelapan, keseorangan
Tanpa bintang, tanpa bulan,
Hanya memori bayangan.
Meraung aku sendiri
Tiada yang menghampiri
Untuk mengubati kelukaan dihati
Oh, kecilnya terasa diri.
Tiada yang menghampiri
Untuk mengubati kelukaan dihati
Oh, kecilnya terasa diri.
Namun, didalam tangisan, didalam raungan
Aku terasa diri disentuh dengan penuh belaian
Aku mula merasakan kehangatan
Siapa kah insan ini yang cuba menghulurkan bantuan?
Siapa kah insan ini yang cuba menghulurkan bantuan?
Dalam kegelapan aku cuba meneka
Tiba-tiba segalanya terasa seakan serupa
Tiba-tiba segalanya terasa seakan serupa
Terpancar sang cahaya
Oh tuhan, aku seakan tidak percaya
Adakah ini hanya permainan mata?
Dihapanku engkau berdiri
Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya hati ini
Engkau kekasih yang aku sayangi
Kini sudah kembali.
Kini sudah kembali.
Disaat itu hati kecil berbisik kepadaku
Hanya engkau yang aku mahu
Hanya engkau yang satu
Hanya engkau yang satu
Hanya engkau yang mampu
Melukai dan mengubati hati ini, kekasihku.
Melukai dan mengubati hati ini, kekasihku.
Oh, hangatnya dakapanmu
Betapa aku rindu
Maafkan diriku yang terburu-buru
Kerana kini aku tahu,
Maafkan diriku yang terburu-buru
Kerana kini aku tahu,
Tanpamu aku semakin keliru.
Sayang,
Kasih lah aku,
Sayangi lah aku,
Kerana kali ini aku sedar tiada lain melainkan kamu.
Kasih lah aku,
Sayangi lah aku,
Kerana kali ini aku sedar tiada lain melainkan kamu.
Aku sayang kamu, Abid. <3
No comments:
Post a Comment